search-icon
Modules Portfolio Quest Community Support iSaham iSaham
Community Guidelines

Community Guidelines

Interaksi positif dan mesra beginner di laman Community.

Kami ingin memastikan ruang Community kekal mesra, selamat dan bermanfaat untuk semua, sama ada anda baru mula belajar saham atau sudah berpengalaman.

Apa yang kami galakkan

Kami mengalu-alukan perkongsian seperti berikut:

Tanya soalan dengan jelas - semua soalan penting, semua orang bermula dari kosong.

Kongsi pandangan dan pengalaman - cerita perjalanan belajar saham anda, cabaran atau tips yang membantu. Ia tetap bermanfaat.

Beri sokongan positif - bantu beginner dengan penjelasan mudah dan jawab dengan cara yang membina.

Kongsi sumber pembelajaran - artikel, video atau tips yang bermanfaat daripada iSaham Arena.

Menghormati perbezaan tahap - ada yang baru mula, ada yang lama. Raikan kepelbagaian ini.

Berinteraksi dengan sopan - like, komen dan balas dengan cara membina.

Perkongsian Sumber

Kami menggalakkan anda berkongsi bahan pembelajaran seperti artikel, video, atau sumber lain yang bermanfaat.

Sertakan penerangan ringkas tentang kenapa sumber tersebut berguna.

Nyatakan persoalan atau poin perbincangan supaya orang lain boleh turut sama memberi pandangan.

Pastikan sumber yang dikongsi neutral, tidak bersifat promosi, dan bukan dari pesaing langsung iSaham.

Jika anda berkongsi sesuatu yang anda ada kaitan (contoh: artikel sendiri), sila maklumkan dalam perkongsian.

Apa yang tidak dibenarkan

Untuk kekalkan suasana mesra dan positif, sila elakkan perkara berikut:

Buy/sell call (cadangan beli/jual saham) atau spekulasi - fokus kepada pembelajaran, bukan cadangan pelaburan.

Bahasa kasar, atau ucapan yang memprovokasi - gunakan bahasa sopan

Kenyataan rambang tanpa konteks - sebaiknya sertakan contoh atau penjelasan ringkas.

Maklumat salah atau mengelirukan - pastikan perkongsian disokong fakta atau pengalaman sebenar.

Iklan, spam atau promosi tanpa kebenaran - komuniti ini bukan tempat untuk iklan atau promosi.

Perbandingan yang menjatuhkan tahap ilmu orang lain - setiap orang belajar pada tahap berbeza.

Perkongsian bahan yang melanggar hak cipta - hanya kongsi bahan yang ada hak atau sumber rasmi

Penyamaran identiti pengguna lain - pastikan akaun yang diguna adalah akaun anda

Posting tanpa makna - elakkan post kosong, spam emoji atau mesej berulang.

Tindakan Moderator

Mana-mana posting yang melanggar garis panduan ini boleh dipadam tanpa notis.

Akaun yang berulang kali melanggar boleh dikenakan sekatan sementara atau kekal.

Jika ternampak komen yang melanggar peraturan, sila laporkan kepada team iSaham Support.

Dengan mengikuti garis panduan ini, anda bantu membina komuniti pembelajaran saham yang mesra, selamat dan bermanfaat untuk semua.

default-img
Estes Ai Beta
Estes Ai
Hi User
Ask me anything.
Balance: 10 remaining today